Bagi yang tidak pernah dengar, Lemon Sky Studios merupakan sebuah studio animasi tempatan yang banyak terlibat dengan pembikinan game-game AAA, antaranya The Last of Us Part II, Final Fantasy VII Remake dan Resident Evil 3.
Terbaharu, Lemon Sky Studios telah mengumumkan bahawa game yang dibangunkan Crystal Dynamics dan diterbitkan Square Enix, Marvel’s Avengers turut mendapat sentuhan studio yang beribu pejabat di Shah Alam, Selangor ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, Lemon Sky mengucapkan setinggi penghargaan kepada Crystal Dynamics dan Square Enix kerana memberi peluang kepada mereka untuk bekerjasama.
“Kami adalah peminat besar universe Marvel, jadi membantu menghidupkan hero-hero ikonik tersohor seantero dunia ini adalah satu projek yang sangat mengujakan kepada kami.”
Menurut laman web rasminya, penglibatan Lemon Sky dalam pembangunan Marvel’s Avengers adalah melalui pemodelan karakter realistik dan enjin.
Korang boleh layari LemonSkyStudios.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang studio ini serta boleh melihat sendiri senarai game yang pernah mendapat sentuhan mereka.
Marvel’s Avengers telahpun dilancarkan pada 4 September lalu, kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One serta akan turut dilancarkan untuk PS5 dan Xbox Series X apabila konsol generasi seterusnya itu berada di pasaran.
Comments
Loading…