Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Seperti yang korang tahu, PES 2018 merupakan salah satu game yang akan dipertandingkan dalam Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang sebagai demonstrasi esport. Pusingan kelayakan bagi peringkat Malaysia bakal diadakan pada 26 Mei, Sabtu ini.

JomBaca: Pusingan Kelayakan Malaysia PES 2018 Untuk Sukan Asia 2018 Diumumkan! Ini Cara Untuk Korang Wakili Negara

Sama ada korang perasan ataupun tidak, satu-satunya ‘ganjaran’ untuk pemain menang dalam pusingan kelayakan itu nanti adalah slot untuk pergi ke pusingan kelayakan bagi peringkat Asia Tenggara pula, dan sekiranya cemerlang, pasangan co-op itu akan pergi terus ke Sukan Asia 2018.

Bagi menaikkan lagi semangat para pemain PES yang akan menyertai pusingan kelayakan peringkat Malaysia ini, komuniti PES di Malaysia telah melakukan sesuatu yang cukup membanggakan. Mengetepikan segala persaingan bisnes, studio-studio gaming di seluruh negara telah bergabung wang ringgit untuk menaja hadiah kemenangan untuk pusingan kelayakan tersebut.

Setelah dikumpulkan semuanya, hadiah kemenangan yang akan ditawarkan pada hari esok ialah:

Juara – RM900
Naib Juara – RM600
Tempat Ketiga – RM300
Tempat Keempat – RM200
Tempat ke-5 hingga ke-8 – RM50

Studio-studio gaming yang terlibat dalam menjayakan misi ini ialah:

1. Flash Point X
2. Gema Game
3. Roku
4. NeST
5. Chillax
6. Kuppystation
7. Antzgaming
8 1337Gaming
9. Gamerster
10. Alphagaming
11. ATG
12. PESLOX Design
13. Gamernatix
14. YC Games Station
15. Lexder
16. JomGaming
17. Console War (Penaja Utama)
18. Play Hard
19. Kitamen Shah Alam
20. Kitamen Kuala Terengganu
21. Shark Gamepire
22. Nagaming

Syabas kami ucapkan kepada komuniti ini! Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini diteruskan serta semoga menjadi pemangkin kepada komuniti-komuniti gaming lain dalam menaikkan martabat industri gaming di negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.