in ,

Studio Dari Malaysia, Passion Republic Turut Terlibat Dalam Pembangunan Ghost of Tsushima

Studio yang berpangkalan di Puchong, Selangor, Passion Republic telah mengumumkan yang mereka juga merupakan antara studio yang terlibat bersama-sama dengan Sucker Punch Productions untuk membangunkan Ghost of Tsushima.

Di laman web rasmi Passion Republic, belum dikemaskini lagi dengan butiran lanjut apakah sumbangan mereka untuk Ghost of Tsushima, namun daripada post Facebook, mereka telah menyenaraikan individu-individu yang terlibat. Mereka nampaknya banyak terlibat sebagai artis untuk mencipta karakter-karakter dalam game ini.

Passion Republic sememangnya sebuah studio tempatan yang terlibat dalam banyak game AAA seperti League of Legends, Dark Souls 3, Mortal Kombat 11 dan banyak lagi.

Baru-baru ini, Passion Republic, bersama-sama dengan satu lagi studio tempatan iaitu Lemon Sky Studios, turut terlibat dalam pembangunan The Last of Us Part II. Untuk game yang diketuai oleh Naughty Dog ini, Passion Republic menyumbang dalam seni konsep, rekaan grafik, papan cerita untuk iklan, persekitaran yang boleh dimainkan, pemodelan prop dan pelekat lubang peluru.

Penglibatan dua studio dari Malaysia ini turut mendapat perhatian penganalisis industri, Daniel Ahmad yang menyebutkan sumbangan Passion Republic dan Lemon Sky dalam pembangunan game-game AAA melalui satu bebenang di Twitter.

Passion Republic kini sedang membangunkan sebuah game indie yang berjudul GigaBash.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Rocket League Akan Bertukar Menjadi 'Free-To-Play' Untuk Semua Platform Pada Tahun Ini

Rocket League Akan Bertukar Menjadi ‘Free-To-Play’ Untuk Semua Platform Pada Tahun Ini

Saksikan 2 Trailer Terbaru Watch Dogs: Legion, Akan Dilancarkan Pada Oktober

Buat Masa Ini, Ubisoft Kata Game PS5, Xbox Series X Mereka Tidak Dinaikkan Sehingga RM300