Kami telahpun menghabiskan The Last of Us Part II, dan reviu daripada JomGaming juga telah dikeluarkan pada minggu lalu.
Setelah melalui penamat yang ‘bittersweet’ itu (seperti yang kami katakan dalam reviu), paparan kredit yang menyenaraikan setiap pihak yang terbabit dalam pembangunan sekuel ini telah dilayarkan.
Salah satu studio yang terlibat dalam pembikinan game yang cukup besar ini, yang turut diberi penghargaan dalam paparan kredit ialah Lemon Sky Studios, sebuah studio pembangunan dari Malaysia.
Dapat dilihat dalam screenshot yang kami ambil di bawah (tiada spoiler), Lemon Sky menyumbang tenaga dalam lakaran konsep, lakaran 3D dan lakaran material.

Keterlibatan Lemon Sky dalam pembangunan game AAA pastinya bukan sesuatu yang baru. April lalu, studio tersebut turut mengumumkan yang mereka turut terlibat dalam pembikinan Final Fantasy VII Remake dan Resident Evil 3.
Malah, kalau layari laman web rasmi Lemon Sky, kita akan dapat lihat mereka telah terlibat dengan bermacam game AAA seperti Marvel’s Spider-Man, Uncharted: The Lost Legacy, Mortal Kombat 11 dan banyak lagi.
The Last of Us Part II kini telah dilancarkan, eksklusif untuk PS4.
[KEMASKINI]:
Lemon Sky Studios telah mengeluarkan kenyataan di Facebook dan mendedahkan sendiri yang mereka turut terlibat dalam pembangunan The Last of Us Part II. Boleh bacanya di bawah:
Comments
Loading…