in ,

Street Fighter V Malaysia Launch Party: Raikan Semangat Pertarungan!

Sejak diumumkan hampir sebulan yang lalu, akhirnya telah berlangsung majlis pelancaran Street Fighter 5 anjuran PLAY Interactive baru-baru ini. Jom kita tengok apa yang best!

P_20160215_192330_1_p
OMG OMG, Ken Masters pon turun lah!

Oleh kerana Capcom ingin melancarkan Street Fighter 5 ini tepat jam 12 tengah malam, pelbagai acara telah disusun dari jam 6 petang bagi meraikan episod terbaru dalam francais Street Fighter ini. Dianjurkan di gudang/muzium Art Printing Works di Jalan Riong, Bangsar – acara ini mendapat sambutan yang amatlah meriah dari kipas-susah-mati Street Fighter!

P_20160215_192520_p
Kitorang impressed dengan set-up launch party ni. Nampak gah dan tersusun.
P_20160215_222850_1_p
Lama jugak kitorang mengkaji backdrop ni! Sejarah Street Fighter dari azali!

Pelbagai partner dan sponsor telah hadir bagi menjayakan pelancaran Street Fighter 5 ini! Ada Gamer’s Hideout yang menjayakan jualan pre-order game, ada developer video game Streamline Studios yang turut terlibat dalam development SFV, ada pembikin aksesori game Mad Catz yang sponsored fightpad dan fightstick diorang, ada pengeluar mainan Bigboystoys HK dan ada juga penaja internet Telekom Malaysia (TM) dan Multimedia Development Corperation (MDeC). Memang meriah!

Antara yang menarik perhatian adalah mini tournament SFV yang disertai 32 fighters – 16 yang register online dan 16 yang walk-in. Di sini kita dapat saksikan perbezaan playstyle mereka yang pernah bermain Beta SFV dan yang bertanding suka-suka! Agak-agak yang menang dari group yang mana? Of course lah dari yang bermain Beta! Rugi siapa yang tak turun ke tournament ni.

P_20160215_212556_1_p
Susah sangat nak decide main character mana – ramai aje yang pilih Ryu sebab moveset yang paling familiar!
P_20160215_212149_1_p
Paling meta, bila kitorang tengok IRL Ryu fight guna Ryu. Mind blown!
P_20160215_212253_p
Sesak padat acara mini tournament SFV nih! Hype! Mungkin lain kali pihak penganjur boleh display guna projector – ramai sikit boleh layan!

Turut menarik perhatian kitorang adalah kehadiran cosplayers yang datang bertanding dalam pertandingan cosplayers! Ada Ryu, Ken, Cammy, Chun Li dan Sakura (bukan Sakura takde ke dalam SFV?). Yang pastinya, kehadiran mereka menambahkan semangat fighters untuk terus bertarung dan bergambar bersama. Krew JomGaming sempat berposing dan bergambar bersama mereka!

DSC_5478
Bergambar bersama krew Street Fighter Launch Party!
DSC_5495
Character baju hitam tuh khabarnya misteri DLC. Keh keh keh!

Pemenang acara cosplayers pilihan pada malam memenangi tiket penerbangan dan tiket ke Tokyo Game Show 2016! Ishh, jelesnya kitorang!

P_20160215_224802_p
Untunglah…
P_20160215_224952_1_p
Kesemua peserta pertandingan cosplay pada malam itu! Tengok Ryu Jr. buat Hadouken – kawaii!

Di samping itu, majlis turut dimeriahkan dengan friendly-matches dan kuiz Street Fighter yang menjanjikan giveaway-giveaway menarik di atas pentas.

P_20160215_192715_1_p
Sweatis and friendly fights. Kan best kalau diorang ajak Daigo, Mago, or Tokido buat kumite fight! Baru la semua orang berpeluang main dengan otai!
P_20160215_225812_1_p
Fighters tournament bergambar di atas stage.
P_20160216_004344_1_p
Acara lucky draw utama pada malam itu menganugerahkan tiket flight dan tiket ke Tokyo Game Show 2016. Sekali lagi kitorang hampa. Congratulations Desmond Hoh!

Acara pada malam itu berakhir pada jam 1 pagi selepas kutipan game-game yang telah dipre-order dan pengumuman lucky draw! Pelbagai hadiah lucky draw telah diumumkan termasuk fightpad dan fightstick dari Mad Catz, figurine Street Fighter dari Bigboystoys dan juga tiket penerbangan dan tiket ke Tokyo Game Show 2016 yang akan berlangsung September nanti.

JomGaming pulang pada malam itu dengan goodie bags, game Street Fighter 5 yang panas di pasaran dan semangat membara untuk bertarung di alam maya! Nantikan review Boleh Beli or Boleh Blah!? dari JomGaming ini nanti!

[su_box title=”JomBeli!” box_color=”#ff0000″]Khas untuk pembaca JomGaming! Korang boleh Order Street Fighter 5 dengan menghantar ‘JGSFV‘ ke Inbox Partner Seller kitorang dan dapatkan diskaun RM10!

Dapatkan penghantaran launch-day PERCUMA terus ke kawasan anda bagi yang menetap di Lembah Klang!

[/su_box]

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

For Honor: 7 Fakta Menarik Tentang Game Pertarungan Pedang Zaman Silam Ini!

Norman Reedus Memberi Hint Dia Dan Kojima Bakal Kembali Bekerjasama!