Capcom dah umumkan Season 4 akan datang bagi Street Fighter V: Arcade Edition dengan karakter baru – Kage.

Kage (Sahadow/bayang) merupakan Embodiment of Satsui / Jelmaan Satsui akan hadir sebagai karakter baru di Season 4 SFV:AE nanti.

Cerita Sikit Backstory

Bagi korang yang membaca backstory Street Fighter, pasti mengenali Satsui no Hado ni merupakan kuasa gelap yang mengiringi nafsu roh manusia seperti keinginan untuk hidup, memusnah dan menakluk. Siapa yang mampu menguasainya, akan memperolehi kuasa tak terhingga tetapi akan mengorbankan kemanusiaannya.

Akuma adalah salah satu pengamal Satsui no Hado. Ryu di masa lampau juga kerap bertarung dengan Satsui no Hado di dalam dirinya dan bila tidak mampu mengawalnya maka jadilah Evil Ryu.

Bagaimanapun, di dalam SFV:AE, Ryu berjaya menghalang godaan kuasa Satsui no Hado. Maka Satsui no Hado menjelma menjadi satu makhluk bernama Kage. Kage ni pulak ingin membuktikan ianya lebih hebat daripada Ryu – lalu mencabar Akuma dan Sagat, dua seteru utama Ryu.

Moveset Evil Ryu

Moveset Kage kelihatan seperti Evil RYu (SSF4AE), tetapi Satsui no Hado menyelewengkan gerakan-gerakan Ryu/Evil Ryu menjadi lebih luar jangka.

Dah nama bangkit dari roh Ryu, Kage ada Hadoken, Hadoken merah, Shoryuken. Selain itu Kage juga ada gerakan Evil Ryu seperti Axe Kick. Korang boleh tengok video intro kat atas nun kalau tak percaya.

Paling menarik, Story Costume Kage akan menyerupai skin Evil Ryu dengan lubang di dada.

Kage akan mula terjual pada harga USD5.99/100,000 Fight Money apabila Season 4 SFV:AE bermula nanti.

JomKomen!