in , ,

Street Fighter 5: Update Bulan Mac dan Alex Hampir Tiba!

Nampaknya Capcom telahpun mengumumkan tarikh-tarikh bagi update game tumbuk terajang kegemaran ramai ini! Jom kita selidik.

JomBaca: Street Fighter 5: Pengumuman Karakter DLC Pertama dan Kandungan Update Akan Datang!

Capcom telah mengumumkan tarikh pelancaran update yang kami laporkan sebelum ini. Nantikan update pada 28 Mac ini bagi memperbaharui game Street Fighter 5 korang dengan tambahan features seperti;

Challenge Mode

-Demonstrations:
Pelajari ilmu Street Fighter 5 melalui kandungan demonstration dan tutorial berikut:
– Character Tutorials: 16 tutorial yang merangkumi kesemua karakter.
– Beginner Tutorials: 12 tutorial yang merangkumi pergerakan, serangan normal, serangan special, V-system, throws, counter hits, chip/recoverable damage dll.
– Intermediate Tutorials: 11 tutorial yang merangkumi projectiles, invincibility frames, armor dan armor break, recovery, cross-up attacks, anti-air options, dll.
– Advanced Tutorials: 4 tutorial yang merangkumi back dashing, frame advantage/disadvantage, combo potential, button priority, dll.

-Trials:
Bagi yang merindui feature ini di dalam SF4, ianya kini kembali! Pelajari kombo setiap daripada 16 karakter – dari basic ke pro combos – untuk dapatkan extra Fight Money.

In-Game Shop

– Perbelanjaan Fight Money:
Berbelanjalah menggunakan Fight Money yang korang susah-payah dah kumpul untuk membeli kandungan game extra seperti karakter DLC dan pakaian kostum Story Mode.

Opsyen Online Rematch

– Korang tak puas hati asyik kalah online? Apakata ajak aje mamat/minah tuh masuk Ranked Match 2/3 set untuk rematch dan buktikan siapa sebenarnya jagoan!

Penambahbaikan Battle Lounge

– Ajak 8 orang kawan korang masuk lobby, lengkap dengan spectator mode.

AlexCA1

Bagaimanapun, karakter DLC SFV yang pertama – Alex, akan tiba lewat sedikit pada 30 Mac! Kehadiran beliau bersama in-game store akan membawa story costume bagi Ryu dan Chun-Li. Kostum percuma ini diberikan PERCUMA dari Capcom sebagai tanda terima kasih kerana kesabaran fans menjalani beta-testing.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Prototaip PlayStation 4K Dilaporkan Sudah Siap Dibangunkan Makmal R&D Sony

Doom: Multiplayer Trailer Penuh Darah Dan Kemusnahan