Capcom baru keluarkan berita mengenai karakter DLC pertama Street Fighter 5 – Alex, serta maklumat mengenai update yang akan datang! Jom terjah!

Sejak diperkenalkan di dalam Street Fighter III pada tahun 1997, Alex pahlawan grappler ini menjadi karakter permintaan ramai untuk disertakan di dalam roster Street Fighter 5. Nah, fighters lama dan baru – ni dia Alex yang diperbaharui untuk korang dapatkan dipenghujung bulan ini!
Siapa Alex Ni?

Alex kehilangan ibu bapanya sejak kecil, dan dia dibesarkan oleh sahabat bapanya, Tom. Tom jugalah yang banyak mengajarnya ilmu pertarungan. Dalam SFV, Alex kembali sebagai grappler dengan Command Grab jarak dekat dan mampu bertarung dari medium range kerana capaian anggota badannya yang mengelirukan!
Alex juga mempunyai pelbagai special attack yang membolehkan mamat nih menyerang opponent yang konon-konon nak menjauhkan diri darinya. Kalau korang sukakan karakter grappler dengan damage output yang tinggi, mampu bermain di jarak dekat dan sederhana – Alex lah karakter yang patut korang cuba!
Ada Apa Dengan Alex?
Haaa, jangan pandang sebelah mata kat Alex nih! Semua moveset yang ada kat mamat nih boleh buat peminat brute force fighting ketawa kegembiraan! Jom kita tengok!
[su_slider source=”media: 9604,9603″ limit=”10″ link=”lightbox” height=”1600″ title=”no” autoplay=”2000″]
V-Skill: Overhaul
Alex akan memulakan animasi gerakan pemusnahnya. habis aje animasi ini, Alex akan melancarkan serangan hard hit yang akan dikira sebagai counter attack! Kalau serangan ini terlepas atau diblock, Alex akan kehilangan bonus hard hit ini.
[su_slider source=”media: 9605,9606″ limit=”10″ link=”lightbox” height=”1600″ title=”no” autoplay=”2000″]
V-Trigger: Rage Shift
Alex akan menggunakan skill wrestling beliau untuk melancarkan clothesline attack! Serangan ini boleh dicharge – semasa sedang dicharge, ia boleh parry satu serangan! Bila dah penuh charge, Alex akan menyerang dan mampu memecahkan block pihak lawan, membuka mereka kepada serangan yang lain.
[su_slider source=”media: 9607,9608,9609″ limit=”10″ link=”lightbox” height=”1600″ title=”no” autoplay=”2000″]
Critical Art: Heavy Hammer
Alex akan melakukan serangan yang akan memusingkan pihak lawan, lalu beliau akan grab, mengangkat dan menghempas mereka – kepala dahulu! Pehh, memang ganas!
Alex akan boleh dibeli dengan update yang akan dilancarkan kemudian pada bulan ini. Ingat, korang boleh mendapatkan Alex secara PERCUMA – dengan hanya bermain kesemua Character Story Mode untuk mendapatkan Fight Money!
Update ini juga nanti akan membawa pelbagai mode dan kandungan baharu beserta penambahbaikan kepada bugs, glitches dan juga character balancing! Jom kita tengok apa Capcom dah tambah!
Challenge Mode
-Demonstrations:
Pelajari ilmu Street Fighter 5 melalui kandungan demonstration dan tutorial berikut:
– Character Tutorials: 16 tutorial yang merangkumi kesemua karakter.
– Beginner Tutorials: 12 tutorial yang merangkumi pergerakan, serangan normal, serangan special, V-system, throws, counter hits, chip/recoverable damage dll.
– Intermediate Tutorials: 11 tutorial yang merangkumi projectiles, invincibility frames, armor dan armor break, recovery, cross-up attacks, anti-air options, dll.
– Advanced Tutorials: 4 tutorial yang merangkumi back dashing, frame advantage/disadvantage, combo potential, button priority, dll.
-Trials:
Bagi yang merindui feature ini di dalam SF4, ianya kini kembali! Pelajari kombo setiap daripada 16 karakter – dari basic ke pro combos – untuk dapatkan extra Fight Money.
In-Game Shop
– Perbelanjaan Fight Money:
Berbelanjalah menggunakan Fight Money yang korang susah-payah dah kumpul untuk membeli kandungan game extra seperti karakter DLC dan pakaian kostum Story Mode.
Opsyen Online Rematch:
– Korang tak puas hati asyik kalah online? Apakata ajak aje mamat/minah tuh masuk Ranked Match 2/3 set untuk rematch dan buktikan siapa sebenarnya jagoan!
Penambahbaikan Battle Lounge:
– Ajak 8 orang kawan korang masuk lobby, lengkap dengan spectator mode.
Di samping kepelbagaian content dalam update ini, beberapa bug yang telah dikenalpasti juga akan diperbaiki:
Bug: Kadang-kadang EXP tidak dianugerahkan dari casual matches.
Bug: Ada ketika, selepas korang restart game selepas unlock warna, warna itu akan hilang.
Beberapa tweak juga telah dilakukan bagi character balancing!
Vega:
Kalau korang aktifkan V-Trigger Bloody Kiss (anti-air) dalam situasi tertentu, Vega tidak akan terus naik melepasi skrin.
M. Bison:
Jika M. Bison diganggu oleh V-Trigger atau Critical Art pihak lawan semasa invisible frames Double Knee Press semasa V-Trigger mode, M. Bison takkan lagi kekal halimunan sehingga move berikutnya.
Rashid:
Rashid tidak lagi akan terapung lebih lama di udara jika korang aktifkan V-Triggernya selepas beliau memijak tanah selepas Eagle Spike yang tersasar.
Chun-Li:
Chun-Li kini tidak boleh melakukan option-select yang melibatkan standing.HP ke Houyokusen.
Vertical dan Back Jump Frames:
Kesemua karakter kecuali Birdie dan Zangief: Vertical jump dan back jump frames telah ditambah 3f->4f.
Birdie: Vertical jump dan back jump frames telah ditambah dari 4f->5f.
Zangief: Tiada perubahan kepada jump frames.
Perubahan ini mengurangkan keberkesanan throw tech option selects yang melibatkan jumping (juga dikenali sebagai ‘jump grab’ option select)
Perubahan Kepada Throw Escape:
Kalau korang tekan butang semasa selamasa normal throw tech, korang tak boleh escape throw selama 2 frame! Ini mengelakkan penggunaan light attacks dalam option select dengan throw escape.
Kesemua kandungan dan penambahbaikan ini dijangkan akan direlease bila-bila masa pada bulan ini! Pelbagai kandungan lain juga telah dirancang termasuk Cinematic Story Mode dan penambahbaikan kepada game ini.
Amacam? Best tak khabaran update nih? Pepehalpon, sama-sama lah kita tunggu update nih drop nanti!
Comments
Loading…