in , , , ,

Street Fighter 5: Jom Jadi Family Man Bersama Guile!

Capcom sudah pun release trailer karakter DLC kedua Street Fighter 5 – Guile, serta maklumat mengenai update April yang akan datang! Sonic Boom!

GuileFamilyMan
Kata-kata nasihat Guile ini akan sentiasa menjadi ingatan!

Guile, jejaka askar berambut menongkat langit ini membuat comeback sebagai karakter DLC kedua dalam francais Street Fighter 5! Sebagai karakter oldschool yang ada di dalam hampir setiap versi game Street Fighter, kehadiran Guile pastinya membuat fighters lama (termasuk penulis) menjerit kegembiraan!

guile02

Guile kembali lagi dengan moves klasik seperti hopkick, overhead punch, air throw, Sonic Kick dan Sonic Boom. BANYAK Sonic Booms pulak tuh jika dilihat pada pelbagai variasi special move mamat askar nih.

Apa Yang Baru Dengan Guile?

Selain moveset yang kelihatan familiar pada peminat Guile, kitorang teruja dengan beberapa moves  baru yang sedikit membuat kitorang mindblown!

Guile sekarang boleh crouch-walk DAN simpan charge untuk Sonic Kick beliau! Ini antara update paling menarik menjadikan Guile bukan lagi seorang karakter turtle (defensive), tetapi lebih pitbull (offensive)!

guile03
Crouch-walk ke hadapan…
Guile06
…disambung dengan Sonic Kick!

Selain itu, special move Sonic Boom beliau diberi beberapa update baru yang membuatkan karakter ini lebih flashy dari sebelumnya!

Pertama adalah kombo gerakan yang menghasilkan projectile defensive! Ini seterusnya disusuli dengan Sonic Boom yang melambungkan pihak lawan dan disambung pula dengan normal move!

guile04
Projectile statik…
guile07
…disusuli dengan Sonic Boom…
guile08
…dan disudahi dengan normal move! Menarik jugak kombo nih!

Guile juga kelihatan seperti mempunyai gerakan defensive seperti parry yang boleh disambung dengan serangan balas! Tambahan serangan balas semasa menahan blockstrings ini sememangnya menarik! Terliur pulak kitorang melihatnya!

guile09
Mula-mula abang defend…
guile10
…lepas tuh abang bagi ni pulak! Nah merasa!

Kelihatan juga di dalam trailer itu V-Trigger Guile yang agak menakutkan! Guile kini boleh melancarkan 3 Sonic Boom dengan pantas!

guile11

guile12

Turut menarik perhatian adalah Crush Counter yang boleh bound pihak lawan ke udara, dan disambung dengan kombo lain!

guile13

guile14

Trailer diteruskan dengan kombo yang menggabungkan special moves, V-Trigger dan sebagainya. Ianya disudahi dengan Critical Art Guile!

guile16
Mana leher abangggg?

guile15

Trailer disudahi dengan aksi kemenangan macho Guile menyikat rambutnya itu! LOL

guile17

So, macamana? Tak sabar menantikan Guile? Kumpullah Fight Money banyak-banyak bagi mendapatkan Guile beserta stage beliau – Air Force Base, yang diinspirasikan daripada stage Guile di dalam Street Fighter II.

Jika Capcom tidak memperbaiki sistem Store mereka, kita mungkin dapat memainkan Guile secara PERCUMA! Takpe Capcom, fix Store tuh lambat-lambat. Haha!

Akhir kata, SONIC BOOM!

What do you think?

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trailer Filem World of Warcraft Terbaru Tampilkan Pelbagai Aksi Lasak

Samurai Rising: Game RPG Dari Square Enix Untuk Pengguna Mobile!