in , ,

Streamer Indonesia Ini Terima Sumbangan Hampir RM300k Ketika Bermain Ragnarok X: Next Generation

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Itu mungkin peribahasa yang paling sesuai menggambarkan apa yang terjadi kepada seorang streamer dari Indonesia ini ketika bermain Ragnarok X: Next Generation.

Salah seorang streamer paling popular dari negara seberang itu, Reza Oktovian atau lebih dikenali dengan nama Reza Arap telah menerima IDR1 billion (sekitar RM294,203) dalam satu sesi livestream sahaja ketika bermain game mobile terbitan Nuverse itu pada 3 Julai 2021.

Bagi yang tidak mengenali, Reza Arap, yang memiliki lebih 5.2 juta pengikut di Instagram, juga merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan muzik Weird Genius yang terkenal dengan lagu Lathi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Nuverse, Reza Arap tidak pernah menyangka yang beliau akan menerima sebegitu banyak derma ketika mengadakan streaming itu.

Asalnya, beliau menerima sumbangan bernilai IDR10 juta (sekitar RM2,942) oleh seorang peminat bernama Doni Salmanan semasa kurang dari 5 minit livestream bermula. Namun ia tidak berhenti di situ. Doni Salmanan meningkatkan sumbangan dalam masa hanya 15 minit, kepada IDR450 juta (sekitar RM132,391) hinggalah akhirnya mencecah IDR1 billion (sekitar RM294,203) — sekaligus menjadikannya nilai paling tinggi pernah diterima Reza Arap dari seorang penyumbang sahaja.

Beberapa ketika selepas itu, Reza Arap telah berjaya menghubungi Doni Salmanan, dan Doni mendedahkan yang beliau adalah seorang peminat ikhlas Reza.

Melalui bilangan tontonan ketika livestream itu mencecah dari 4,000 hingga 40,000 orang, ia telah tular ke seluruh negara Republik itu. Orang ramai bukan sahaja tertarik untuk mengetahui siapakah Reza Arap, malah turut ingin tahu apakah game yang beliau main sehingga berjaya menarik begitu banyak sumbangan.

Ragnarok X: Next Generation telah dilancarkan pada Jun lalu di 9 buah negara Asia Tenggara, sebuah game mobile yang diadaptasi dari francais MMORPG Ragnarok.

Korang boleh muat-turun Ragnarok X: Next Generation untuk iOS di sini, dan Android di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

FIFA 22 Akan Membenarkan Pemain Tutup ‘Celebration’ Pihak Lawan

Selepas Pembelian Crunchyroll, Sony Dilaporkan Akan Masukkan Anime Dalam Langganan PlayStation Plus