Senang betul buat duit — lebih senang daripada sertai skin cepat kaya.

Luke TheNotable telah stream di channel Youtube beliau, dan apa yang beliau buat sangat mudah (dan penat), iaitu buat emote “Infinite Dab” di Lobby Fortnite, sambil dirinya sendiri juga sama-sama buat Dab — selama 10 jam!

Infinite Dab tersebut dibiarkan sahaja dilakukan selama 10 jam oleh karakternya dalam Fortnite, walau bagaimanapun, semestinya, dirinya sendiri selang-selikan dengan rehat, kemudian sambung semula dab.

Disebabkan kegigihan beliau ini, beliau berjaya mengumpulkan derma sebanyak USD2,000 (RM8,200) melalui stream selama 10 jam itu. Apa yang dilakukan selepas itu adalah sesuatu yang amat terpuji. Beliau telah menggunakan duit yang diperolehnya itu untuk menderma ke lain-lain streamer.

Di bawah kami letakkan dua video, satu video penuh stream selama 10 jam itu, dan kedua, video highlights yang dipotong kepada 10 minit.

JomKomen!