in , ,

Stray Telah Memecah Rekod Annapurna Interactive Untuk Jumlah Pemain Serentak Di Steam

Menurut statistik rasmi di Steam, Stray, iaitu sebuah game indie, pernah mencapai jumlah pemain serentak seramai 62,963 dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Hanya 12 buah game yang sedang dimainkan di Steam yang mencatatkan pemain serentak lebih ramai daripada Stray, termasuklah game-game seperti Apex Legends, FIFA 22 dan Grand Theft Auto V.

Menurut penganalisis pasaran Benji-Sales, Stray telah berjaya memecahkan game-game terbitan Annapurna Interactive untuk jumlah pemain serentak yang pernah dicapai di Steam.

Antara game Annapurna yang pernah mencapai pemain serentak tertinggi sebelum ini adalah Twelve Minutes (8,021), Outer Wilds (7,936), Neon White (3,277) dan Journey (1,757).

Dibangunkan oleh studio BlueTwelve dari Perancis, Stray dikeluarkan untuk platform PS5, PS4 dan PC. Berharga RM54.00 di Steam dan RM129.00 di PlayStation Store. Juga tiada caj tambahan kepada mereka yang melanggan PlayStation Plus Extra dan Deluxe kerana sudah tersedia dalam Game Catalogue.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Siri Animasi Netflix Tekken: Bloodline Mula Tayang 18 Ogos, Ini Trailer Terbaharu

FIFA 23 Akan Menyokong Cross-Play, Tapi Hanya Untuk Mode 1v1, Dihimpunkan Dalam Generasi Platfom Sama