in , , , ,

Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin – Game Umpama Dark Souls Dengan Kerjasama Square Enix, Team Ninja

Khabar angin yang berlegar bulan lalu yang mengatakan sebuah game Final Fantasy yang seumpama francais Souls dan Nioh sedang dibangunkan, nampaknya telah diumumkan secara rasmi.

Team Ninja, Koei Tecmo, dan Square Enix telah mendedahkan Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series. Ia dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2022.

Dalam deskripsi yang disediakan, ia mengatakan insan-insan veteran yang membikin Final Fantasy VII Remake, Tetsuya Nomura dan Kazushige Nojima akan bekerjasama dengan Team Ninja dan Koei Tecmo untuk membawakan satu visi baharu untuk Final Fantasy.

Versi demo sudahpun boleh dimainkan di PS5 dari sekarang sehingga 24 Jun ini.

Korang boleh saksikan trailer pertamanya di bawah, yang mana kita tahu protagonisnya, Jack dan rakan-rakannya, Ash dan Jed, nak sangat hapuskan Chaos…

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hades Diumumkan Untuk PS4, PS5, Hadir Ke Xbox Game Pass Pada Hari Pertama

Final Fantasy Pixel Remaster Menghidupkan Kembali 6 Game Pertama Final Fantasy Untuk PC, Mobile!