Trailer untuk DLC baharu untuk Doom Eternal telah dipaparkan semasa Opening Night Live tengah malam tadi.
The Ancient Gods: Part One merupakan expansion terbesar untuk Doom Eternal. Expansion itu akan boleh didapati pada 20 oktober ini.
Doom Slayer yang telah mengalahkan Khan Maykr telah menyebabkan ketidakseimbangan kuasa yang boleh mengancam seluruh makhluk alam semesta. Dengan bantuan seorang kawan, Doom Slayer bertarung sehingga ke Urdak dan bakal menentukan nasib alam semesta sekali lagi.
The Ancient Gods: Part One juga hadir dengan Year One Pass yang boleh didapati dengan pembelian secara digital dan sebagai sebahagian daripada Deluxe Edition.
Comments
Loading…