in , , , , ,

Story Campaign Monster Hunter: World Akan Mengambil Masa Sebanyak 40-50 Jam

Bersama banyak lagi kandungan akan datang ke dalam Monster Hunter: World.

Selepas melancarkan trailer ketiga di PSX 2017 baru-baru ini yang menampilkan karakter ikonik dari Capcom, Mega Man berfungsi sebagai Palico, nampaknya Monster Hunter: World akan semestinya mengisi banyak masa pemain untuk memburu raksasa-raksasa gergasi.

Bercakap kepada satu laman sesawang dari Jerman (diterjemahkan oleh Gematsu), pengarah Monster Hunter: World, Yuya Tokuda memberi cadangan iaitu kira-kira 40-50 jam adalah kadar yang sesuai untuk mode story game. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada pendekatan pemain itu sendiri.

Saya anggarkan game ini akan ambil kira-kira 40 hingga 50 jam, bergantung kepada jenis pemain untuk menyiapkan jalan cerita tetapi ini bukan adalah satu ‘monster hunter’ game kalau tiada kandungan yang pemain boleh nikmati selepas game selesai. Pemain boleh teruskan lagi bermain dan menaiktaraf senjata dan perisai kegemaran mereka walaupun setelah story campaign selesai,” kata Tokuda.

Pemain bukan sahaja boleh mengubahsuai fizikal luaran karakter sendiri dalam Monster Hunter: World tetapi juga boleh mengubahsuai Palico yang setia di samping anda sambil berburu monster. Saksikan video comel ini di bawah:

Berita baik lagi, penerbit Ryozo Tsujimoto mengumumkan Monster Hunter: World akan menerima DLC percuma yang mengandungi misi baru serta menurut laman sesawang Famitsu, Tsujimoto memberitahu kepada audiens di PSX 2017 bahawa mereka bercadang untuk menambah lagi raksasa-raksasa baru selepas pelancaran Monster Hunter: World. Yay!

Monster Hunter: World akan tiba pada 26 Januari 2018 untuk PS4 dan Xbox One. Selain itu, Monster Hunter: World akan muncul di PC buat pertama kali tapi masih lagi tiada tarikh rasmi untuk diumumkan.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Lanjutkan Waktu Percuma Untuk Dapatkan AC4: Black Flag, World in Conflict Dan Watch Dogs

Monster Hunter: World Beta Akan Berlangsung Buat Kali Kedua Di PS4 Bermula 23 Disember Ini!