in , , , ,

Stok Barangan Gaming Dijangka Terus Berkurangan Sehingga 2023, Kata CEO Intel

Setahun dua ini, banyak sebenarnya barangan gaming baharu yang dilancarkan. Namun, disebabkan dunia dilanda pandemik global yang cukup memeritkan, kebanyakan gamer tidak dapat menikmati produk-produk terkini ini.

Ramai yang bertanyakan, sampai bila kekurangan stok PlayStation 5, Xbox Series, kad grafik RTX 30 dan banyak lagi barangan gaming lain akan berterusan? CEO Intel, Pat Gelsinger ada ramalannya.

Gelsinger menjangkakan kekurangan stok cip akan mencapai tahap terburuknya dan kemudian akan mula pulih dan terus meningkat pada separuh kedua tahun 2022, manakala isu kekurangan bekalan barangan gaming ini di pasaran akan berterusan sehingga tahun 2023, lapor IGN.

“Dari aspek lain, persekitaran permintaan yang tinggi terus menekan rantaian bekalan,” ujar Gelsinger. “Dalam pada saya menjangkakan kekurangan [cip] akan mula pulih pada separuh kedua tahun, ia akan mengambil setahun atau dua tahun lagi sebelum industri dapat sepenuhnya memenuhi permintaan.”

Apabila pandemik COVID-19 mula menyerang dunia, banyak kilang cip semikonduktor di beberapa negara Asia Timur terpaksa ditutup, menyebabkan produksi barangan gaming, yang banyak menggunakan cip tersebut, terjejas teruk. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk pengelurannya dapat mengatasi kembali permintaan yang begitu tinggi, terutamanya terhadap konsol-konsol generasi terkini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Percuma PlayStation Plus Ogos 2021 – Hunter’s Arena: Legends, PvZ: Battle for Neighborville, Tennis World Tour 2 [Kemaskini]

China Bikin Filem Tentang Kejohanan Game Battle Royale Macam PUBG, Ini Trailer Penuh Aksi