Mengikut jejak langkah Epic Game Store, Steam telah menawarkan dua buah game percuma dalam masa terhad untuk membantu korang mengatasi kebosanan semasa duduk di rumah dalam tempoh kuarantin ini.
Dua buah game itu ialah Project Mercury dan Between Two Castles. Terima kasih kepada pembangun dan penerbit yang sanggup menawarkan game mereka secara percuma demi membantu korang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan semasa pandemik ini sedang berlaku.
Project Mercury merupakan sebuah game pengembaraan aksi yang berlatarbelakangan zaman neon cyberpunk dan inspirasi dari game Contra. Pemain akan menentang makhluk asing dalam lapan level berbeza. Dapatkannya di sini.
Between Two Castles pula merupakan sebuah game puzzle yang mana korang akan berpasangan dengan seorang lagi pemain atau AI untuk bekerjasama sebagai master builder untuk menyelesaikan arahan-arahan yang diberikan oleh Mad King. Sentiasa pastikan istana korang seimbang dan sentiasa fikirkan strategi seterusnya. Dapatkannya di sini.
Project Mercury boleh didapati sehingga 8 April 2020, manakala Between Two Castles sehingga 30 Mac 2020.
Comments
Loading…