in ,

Steam Deck Mula Dijual Secara Rasmi Di 4 Negara Asia – Pasaran Malaysia Semakin Hampir?

Steam Deck boleh dikatakan antara peranti gaming paling tinggi permintaannya pada ketika ini. Melalui pendekatan Valve yang melancarkannya secara berperingkat di seluruh dunia, ia membuatkan para gamer sentiasa tertunggu-tunggu.

Terkini, pasaran terbaharu Steam Deck yang dilancarkan secara rasmi oleh Valve adalah empat buah negara Asia iaitu Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, dan Taiwan. Ia boleh dibeli di laman web Komodo dengan tiga pilihan storan iaitu 64GB, 256GB, atau 512GB — dan penghantaran akan bermula pada 17 Disember ini.

Memandangkan Steam Deck kini mula dibawa secara rasmi ke beberapa negara Asia Timur ini, mungkinkah tidak lama lagi ia akan dilancarkan secara rasmi pula ke pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia? Hanya Valve ada jawapannya. Sama-samalah kita berdoa supaya dipercepat.

Buat masa ini, sekiranya orang Malaysia ingin membelinya, ia perlu dibeli melalui kedai yang mendapatkannya dari pasaran luar, yang membuatkan harganya berlipat kali ganda mahal.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Apex Legends Mobile Dinobatkan Game Terbaik 2022 iPhone Oleh Apple App Store

Apex Legends Mobile Juga Menang Game Terbaik 2022 Di Google Play Store