China telah menyekat beberapa perkhidmatan Steam yang bergantung kepada sebahagian daripada perkhidmatan komuniti.
Ini termasuklah halaman utama Steam Community yang menyediakan forum untuk setiap game dan beberapa ciri-ciri yang berkaitan seperti inventori pengguna dan halaman profil. Ini juga termasuklah sekali dengan bahagian achievements, dan semua yang berkaitan dengan interaksi sosial. Menurut Great Fire, menerusi ValveTime, sekatan telah memberi kesan sejak hari Jumaat.
Bahagian-bahagian lain di Steam masih lagi kekal. Pemain dari negara China masih boleh bermain game yang mereka sudah miliki dan juga boleh terus membeli game baru. Tapi halaman hab untuk permainan tidak akan dipaparkan untuk mereka.
Seperti yang kita sudah lihat dalam kes PUBG, segala produk buatan negara asing yang terlalu besar atau telah direplikat oleh syarikat-syarikat tempatan, memaksanya keluar dari negara atau China akan menyekat dan hanya akan membenarkan ia masuk kembali jika pencipta mengikut cara mereka. PUBG telah menerima ugutan sebegini semasa permainannya hampir disekat sehinggalah PUBG Corp menandatangani perjanjian dengan syarikat konglomerat Cina, Tencent untuk mengubahsuai game tersebut.
Steam juga mempunyai pesaing di negara China iaitu Tencent’s WeGame.
Comments
Loading…