in ,

Steam Cipta Sejarah, Cecah 14 Juta Pemain Serentak Awal Pagi Tadi

Satu pencapaian terbaru telah dicipta oleh platform gaming terbesar ini.

Kira-kira jam 1.30 pagi tadi, Steam telah mencipta sejarah baru dalam 13 tahun platform ini beroperasi. Ia telah mencatatkan 14.2 juta pemain pada masa yang serentak, selepas jualan akhir tahunnya baru sahaja tamat pada awal minggu ini.

Steam pada tahun 2012 telah berjaya mencecah 4 juta pemain pada satu-satu masa, sebelum ia mencecah pula 10 juta pada 2015.

Anda boleh lihat sendiri statistik ini di laman Steam.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hideo Kojima Pamerkan Set LEGO Istimewa Horizon: Zero Dawn

Skrip Uncharted Movie Akhirnya Telah Siap, Selepas 8 Tahun Tergendala