Dalam suasana manusia seluruh dunia mengurungkan diri di rumah bagi membendung penularan COVID-19, sebahagiannya telah memilih untuk bertenang dan bermain game.
Situasi ini telah membuatkan jumlah pemain online di Steam berjaya dipecahkan. Kira-kira pukul 9.25 malam tadi (waktu Malaysia), bilangan pemain yang online secara serentak di Steam telah mencapai seramai lebih daripada 20 juta. Secara tepatnya, 20,313,451 pemain.
Malah, ia dicatatkan bahawa 6.2 juta pemain sedang aktif bermain dalam game pada ketika itu.
#Steam has just reached a new concurrent online user record of 20 million, with 6.2 million currently in-game, likely due to many people staying at home due to the #coronavirus.https://t.co/bzLMfMOJvD#COVID19
— Steam Database (@SteamDB) March 15, 2020
Menurut PCGamesN, rekod sebelum ini, iaitu seramai 18,801,944 pemain online serentak, dicapai pada 2 Februari 2020.
Korang antara yang online pada waktu ini malam tadi? Game apa yang korang main?
csgo