Dalam situasi pandemik COVID-19 pada ketika ini, banyak syarikat gaming yang ingin membantu kita untuk kekal tenang sepanjang tempoh pengasingan diri. Banyak game percuma telah diberikan sejak beberapa hari lalu.
JomGaming: Dapatkan Game Pertama Watch Dogs Sekarang Secara Percuma Di Epic Games Store
Terkini, Steam pula tampil untuk memberikan tiga game yang boleh kita mainkan secara percuma — iaitu Tomb Raider (2013), Lara Croft and the Temple of Osiris dan Drawful 2.
Untuk Tomb Raider dan Lara Croft and the Temple of Osiris, korang ada waktu dari sekarang hingga 24 Mac untuk masukkan kedua-dua game ini ke dalam akaun Steam. Untuk Drawful 2 pula, korang ada waktu sehingga 11 April.
Ketiga-tiga game ini, kalau korang dapatkan dalam tempoh yang dinyatakan, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.
Dapatkan game-game ini melalui pautan di bawah:
Kekal tenang dan jom main game!
Comments
Loading…