Main game local co-op tapi secara online? Macam mana itu?

Steam telah mengumumkan sebuah fungsi terbaru yang bakal dibawakan ke dalam platform gaming PC terbesar itu. Digelar ‘Remote Play Together’, fungsi ini akan membenarkan sesebuah game yang menampilkan local multiplayer, tetapi boleh dimainkan secara online.

Fungsi ini merupakan sesuatu yang sudah terdapat dalam Share Play di PS4.

Konsep fungsi ini agak mudah. Seorang pemain akan menjemput (invite) secara online pemain kedua ke dalam game tersebut, dan pemain kedua ini dijadikan sebagai pemain yang kononnya controller kedua (local). Maka, apabila pemain kedua ini sudah disambungkan kepada hos game itu tadi sebagai pemain local kedua (player 2) secara online, mereka boleh bermain apa sahaja game yang mempunyai local multiplayer termasuklah local co-op dan splitscreen.

Paling menarik, sama seperti Share Play di PS4 serta sama seperti local multiplayer yang benar-benar berada bersebelahan secara fizikal, pemain kedua ini tidak perlu memiliki (membeli) game tersebut untuk menyertai (join) pemain pertama (hos). Segalanya berjalan secara streaming melalui game yang dihoskan pemain pertama.

Remote Play Together akan dilancarkan ke Steam Beta pada 21 Oktober ini.

Walau bagaimanapun, Valve mengingatkan bahawa pengalaman multiplayer terbaik masih lagi melalui sistem online multiplayer terbina seperti biasa, sekiranya sesebuah game itu tidak mempunyai local multiplayer.

JomKomen!