in ,

State of Play PlayStation Yang Seterusnya Khas Untuk 18 Minit Gameplay Ghost of Tsushima

Livestream State of Play oleh PlayStation yang seterusnya akan didedikasikan kepada sebuah game sahaja.

State of Play yang terbaharu ini akan memperlihatkan 18 minit gameplay Ghost of Tsushima. Ia akan berlangsung pada 15 Mei, 4 pagi (waktu Malaysia). Boleh tontonnya di Twitch dan YouTube rasmi PlayStation.

Menurut PlayStationBlog, sesi livestream kali ini akan memaparkan gameplay lanjut game yang dibangunkan oleh Sucker Punch itu, termasuklah ekplorasi, pertarungan dan banyak lagi.

Kemudian, Sony mengingatkan bahawa tiada sebarang berita tentang PS5 dalam livestream tersebut. Pastinya mereka tidak mahu peminat mengharapkan apa-apa tentang PS5, dan kemudiannya kecewa pula.

Ghost of Tsushima akan dilancarkan secara eksklusif untuk PS4 pada 17 Julai.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif Menjelang PS5

Menjelang PS5, Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif

Ini Grafik Gameplay Sebenar Pertama PlayStation 5 Dalam Demo Teknikal Unreal Engine 5

Ini Grafik Gameplay Sebenar Pertama PlayStation 5 Dalam Demo Teknikal Unreal Engine 5