Setelah seminggu kita berteka-teki tentang acara State of Play yang seterusnya daripada PlayStation, Sony akhirnya mengumumkannya secara rasmi.
Namun, ia mungkin tidak seperti jangkaan ramai. Acara ini hanya akan memfokuskan kepada 9 minit gameplay Deathloop, game yang dibangunkan Bethesda. Kemudian, ia akan menampilkan game-game indie dan game pihak ketiga. Semua ini akan diperlihatkan dalam acara secara langsung selama 30 minit.
Ia akan berlangsung pada 9 Julai (Jumaat), 5 pagi (waktu Malaysia). Boleh ditonton di Youtube dan Twitch.
Bagi tidak meletakkan apa-apa harapan kepada para peminat, Sony telah mengesahkan bahawa tiada sebarang gameplay dari sekuel God of War, Horizon Forbidden West atau PlayStation VR yang baharu.
Comments
Loading…