Dua minggu lalu, livestream State of Play yang diadakan Sony dedikasikan khas untuk gameplay terbaharu Ghost of Tsushima.
Untuk State of Play seterusnya, Sony akan memperlihatkan gameplay terbaharu untuk sebuah lagi game eksklusif mereka, iaitu The Last of Us Part II.
Livestream ini akan berlangsung pada 28 Mei, 4 pagi (waktu Malaysia), dan boleh tontonnya di channel rasmi PlayStation di Youtube dan Twitch.
Menurut PlayStation Blog, Naughty Dog akan memaparkan video yang berdurasi lebih daripada 20 minit, yang mana ia akan ditutup dengan 8 minit paparan gameplay yang tidak pernah diperlihatkan kepada umum sebelum ini.
Sony turut mengingatkan bahawa State of Play ini nanti tidak akan berkongsikan apa-apa berita baharu tentang PS5.
The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun ini, eksklusif untuk PS4.
Comments
Loading…