in , ,

Starfield Adalah Eksklusif Konsol Xbox Dan PC, Bakal Hadir November 2022

Seperti dijangka ramai selepas pengambil-alihan Bethesda oleh Microsoft, walaupun pada awalnya mengatakan tidak akan melakukannya, Starfield tidak akan dilancarkan ke platform PlayStation.

Dalam acara E3 2021 yang dipersembahkan Microsoft, Bethesda telah mengesahkan bahawa game RPG pengembaraan angkasa itu hanya akan dilancarkan untuk Xbox Series dan PC.

Tarikh pelancaran Starfield juga telah diumumkan iaitu bakal hadir pada 11 November 2022.

Mereka menggambarkan Starfield sebagai sebuah game RPG yang berlatarbelakangkan angkasa raya, cipta apa saja karakter yang pemain mahukan dan mengembara dengan kebebasan yang tiada tandingannya di mana pemain akan melalui sebuah perjalanan bagi menjawab misteri terbesar kemanusiaan.

Bethesda turut menyatakan yang Starfield merupakan sebuah universe baharu yang telah melalui 25 tahun pembikinan.

Jom saksikan teaser trailer sinematik terbaharu untuk Starfield ini:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Final Fantasy Pixel Remaster Menghidupkan Kembali 6 Game Pertama Final Fantasy Untuk PC, Mobile!

Marvel’s Guardians of the Galaxy Bakal Tiba Untuk PC, PlayStation, Xbox Pada Oktober Ini