in , ,

Stardust Vanguard: Pengawal Keselamatan Angkasa Lepas!

stardust-vanguards-001

Korang ada tak nak jadi penjaga keamanan, ala-ala Guardians Of The Galaxy? Mengawal kesejahteraan angkasa lepas dari gangguan musuh?

Yeah, semua ini korang boleh buat dalam game Stardust Vanguards game dari developer Zanrai Interactive yang akan berada di pasaran pada 19 Januari 2016.

Game berkonsepkan action/arcade ini boleh dimainkan secara multiplayer ataupun single-player.

stardust-vanguards-002

Korang akan memilih salah satu dari 4 vanguard untuk dimainkan. Pilih mana yang sesuai dan lawan semua lanun-lanun angkasa yang mengganggu keamanan sejagat.

stardust-vanguards-003

Kalau korang rasa tak mencabar melawan lanun-lanun angkasa ini, korang boleh mencuba multiplayer mode dan mencabar rakan-rakan korang dalam mencari siapa yang terhebat.

Jom kita usha trailer Stardust Vanguards:

https://www.youtube.com/watch?v=kua5LJ2kwZY

Sapa yang tak sabar nak naik combat robot dan mempertahankan angkasa lepas dari gangguan lanun? Dah dekat dah 19 Januari ni, jangan lupa guys!

ADIOS!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Star Ocean 5 : Character Introduction Trailer Baru Untuk Hero SO5, Fidel Camuze!

GTA V: Rahsia Telefon Bimbit Yang Penuh Misteri!