Game bercucuk tanam yang mendapat pujian melambung dari pemain dan pengkritik di platform PC, PS4 dan Xbox One, Stardew Valley telah diumumkan versi mobile-nya pula.

Dalam satu pengumuman, ConcernedApe telah mendedahkan yang game ini akan dilancarkan di iOS dalam masa dua minggu sahaja lagi, iaitu pada 24 Oktober ini. Untuk versi Android pula, tarikh pelancarannya akan diumumkan kemudian.

Jangan risau, versi mobile ini merupakan game penuh yang sama seperti mana pemain dapati di PC dan konsol. Bezanya cumalah UI yang dicorakkan untuk bersesuaian dengan fungsi touchscreen.

Versi ini akan membawakan kandungan single-player seperti Night Market, walau bagaimanapun, kandungan Multiplayer tidak akan ditampilkan.

Untuk pemain PC, mereka boleh pindahkan save data ke versi iOS via iTunes.

Stardew Valley versi mobile akan dikenakan bayaran sebanyak USD7.99 (~RM33).

Versi mobile ini dibangunkan oleh The Secret Police. ConcernedApe menegaskan yang para pemain tidak perlu risau tentang progress yang sudah dijalankan untuk membawakan multiplayer ke PS4 dan Xbox One kerana ia dibangunkan oleh studio yang lain, iaitu Sickhead Games.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.