kaki-kaki CC, kaki-kaki RTS, kaki-kaki retro games, pastikan korang alami kembali pengalaman StarCraft yang menjadi fenomena pada zaman kanak-kanak korang.

Sebaik sahaja Blizzard mengumumkan StarCraft: Remastered baru-baru ini, Blizzard mengumumkan bahawa StarCraft: Brood War yang asal akan di-upgrade dan ianya adalah PERCUMA! Bukan free-to-play. Full game PERCUMA!

Upgrade 1.18 StarCraft: Brood War akan diterbitkan pada hujung minggu ini. Versi ini membaiki segala pepijat dan disertakan dengan penambahan baru, seperti membuat set key makro, rebind key, dan observer mode (macam spectator mode dalam Overwatch).

Versi ini juga mengimplementasi sistem anti-penipuan yang terkini dan sokongan untuk bermain StarCraft: Brood War ini pada operasi sistem baru seperti Windows 7, 8, 8.1, dan 10.

Pada masa ini, Blizzard menarik balik StarCraft yang berharga USD15 (~RM60) ini dari online store mereka dan akan menggantikannya dengan versi terbaru nanti secara percuma. Jadi kaki-kaki CC, kaki-kaki RTS, kaki-kaki game old-school, retro games, pastikan korang alami kembali pengalaman StarCraft yang menjadi fenomena pada zaman kanak-kanak korang. Hujung minggu nanti boleh download StarCraft di SINI.

1 komen

JomKomen!