in , , ,

Star Wars: Knights of the Old Republic (KOTOR) Remake Akhirnya Diumumkan Untuk PC, PS5

Ura-ura sebelum ini yang melaporkan sebuah game Star Wars: Knights of the Old Republic (KOTOR) sedang dibangunkan nampaknya adalah benar.

Semasa acara PlayStation Showcase 2021 yang berlangsung awal pagi tadi, Aspyr Media telah mengumumkan pembikinan semula (remake) salah satu game RPG terbaik dalam sejarah, Star Wars: Knights of the Old Republic.

Game remake ini akan dilancarkan untuk PC dan PS5 (eksklusif konsol) pada satu tarikh yang masih belum diumumkan.

Dalam trailer sinematik pertama, kita dapat saksikan watak ikonik dalam siri KOTOR, Darth Revan menyalakan lightsaber berwarna merahnya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tarikh Pelancaran Gran Turismo 7 Didedahkan Untuk PS5, PS4 – Saksikan Trailer Terbaru

Ragnarok X: Next Generation Berkolaborasi Dengan Anime ‘That Time I Got Reincarnated as a Slime’