EA dan Respawn Entertainment baru sahaja mengumumkan penundaan tarikh pelancaran Star Wars Jedi: Survivor selama enam minggu.
Asalnya dirancang untuk dikeluarkan pada 17 Mac 2023, tarikh pelancaran baharu untuk sekuel itu kini adalah pada 28 April 2023.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, mereka menegaskan yang pembangunan game itu sememangnya sudah lengkap. Mereka kini berada dalam dalam “fasa akhir, iaitu untuk memperbaiki bug bagi menambahbaik prestasi, kestabilan, menggilap dan paling penting, pengalaman pemain.”
Star Wars Jedi: Survivor akan dilancarkan pada 28 April 2023 untuk PC, PS5 dan Xbox Series.
Comments
Loading…