in , , ,

Star Wars Jedi: Survivor Akan Ada ‘Fast Travel’, Haiwan Yang Boleh Ditunggang

Antara kelemahan dalam Star Wars Jedi: Fallen Order yang banyak dikritik oleh para pemain adalah kita perlu ulang-alik melalui jalan yang sama untuk menyelesaikan beberapa misi.

Kritikan ini nampaknya telah diambil maklum oleh Respawn Entertainment, dan mereka telah memperbaikinya dalam sekuel game tersebut, Star Wars Jedi: Survivor.

Dalam satu temu ramah bersama Play Magazine, lapor GamesRadar, pengarahnya, Stig Asmussen telah mengesahkan yang Star Wars Jedi: Survivor akan memperkenalkan fungsi fast travel bagi menawarkan jalan pintas dan mengelakkan para pemain untuk mengulang-ulang ke tempat yang sama.

Selain itu, Asmussen turut mendedahkan bahawa haiwan yang boleh ditunggang Cal Kestis juga akan diperkenalkan. Bermakna, kalau pun pemain perlu mengulang-alik ke tempat yang sama, mereka boleh melakukannya dengan lebih pantas dengan adanya haiwan tunggangan tersebut.

“Kita akan menampilkan kedua-dua fast travel dan haiwan-haiwan tunggangan untuk membantu para pemain dengan cepatnya sampai dari titik A ke B, dan kembali ke A,” kata Asmussen.

“Fast travel itu adalah dari satu titik ke titik lain, dan haiwan tunggangan itu menawarkan satu cara untuk menyeimbangkan dengan cepat antara titik-titik ini dan eksplorasi antaranya.”

Star Wars Jedi: Survivor akan dilancarkan pada 28 April 2023 untuk PC, PS5 dan Xbox Series.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Paling Hangat 2023 Setakat Ini, Hi-Fi Rush Kini Mendapat Steam Deck Verified

Ini 9 Minit Gameplay Terbaru Star Wars Jedi: Survivor Di Planet Baru