Masihkah korang ingat dengan game Star Wars yang satu ini?

Semasa acara Nintendo Direct yang berlangsung semalam, Nintendo mengumumkan bahawa game klasik Star Wars Jedi Knight II: Jedi Outcast akan dilancarkan ke Switch dan PS4 pada 24 September ini.

Game ini nanti akan didatangkan sekali dengan pertarungan online multiplayer. Lebih menarik, untuk versi Switch, akan ada sokongan Gyro Aiming untuk controller Joy-Con.

Korang boleh saksikan sedikit aksi gameplay untuk game ini di bawah:

Star Wars Jedi Knight II: Jedi Outcast merupakan sebuah game yang dikeluarkan pada Mac 2002 di PC, kemudian diikuti pelancaran ke GameCube dan Xbox pada November tahun yang sama.

Maklumat lanjut boleh korang dapatkan di laman web rasmi Star Wars ini.

JomKomen!