Pada EA Play 2019 tempoh hari, Respawn Entertainment telah memperlihatkan 15 minit gameplay pertama Star Wars: Jedi Fallen Order.

Terbaru, mereka telah memuatnaik satu lagi video gameplay baru, kali ini, berdurasi 26 minit yang memaparkan aksi lebih panjang, iaitu beberapa minit lebih awal daripada gameplay yang diperlihatkan sebelum ini.

Dalam gameplay terbaru ini, kita dapat saksikan Cal Kestis memanjat dan mengambil-alih AT-AT serta bagaimana beliau pertama kali bertemu dengan Saw Gerrera.

Jom saksikan:

Mengisahkan seorang Padawan yang terselamat daripada malapetaka Order 66 dan mengembara ke galaksi selepas berakhirnya Jedi Order, game Star Wars: Jedi Fallen Order membawakan genre third-person action adventure.

Star Wars: Jedi Fallen Order akan dilancarkan pada 15 November ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!