Kurang 24 jam sebelum Star Wars: Jedi Fallen Order diperlihatkan kepada umum pada malam ini, ketua Respawn Entertainment, Vince Zampella telah mengesahkan beberapa khabar angin yang telah berlegar sebelum ini.

Bercakap kepada IGN, beliau telah mengesahkan bahawa Star Wars: Jedi Fallen Order merupakan sebuah game yang hanya membawakan singlep-player story, dan tidak akan mempunyai mode multiplayer serta tiada microtransactions.

Setelah Zampella mengumumkan berita ini, beberapa pembangun lain dari EA telah turut mengangkat lagi pendedahan ini.

Mengisahkan seorang Padawan yang terselamat daripada malapetaka Order 66 dan mengembara ke galaksi selepas berakhirnya Jedi Order, game Star Wars: Jedi Fallen Order bakal dilancarkan pada musim luruh 2019 (sekitar September hingga Disember). Ia bakal membawakan genre third-person action adventure.

Sebuah livestream akan berlangsung pada malam ini bagi memperlihatkan Star Wars: Jedi Fallen Order, iaitu secara tepatnya pada hari Ahad, 2.30 pagi (waktu Malaysia). Kita semua boleh saksikannya di channel Twitch di sini.

JomKomen!