EA dan Respawn akan memperlihatkan Star Wars: Jedi Fallen Order kepada umum buat pertama kali pada hujung minggu ini. Seperti kebanyakan game lain, semakin dekat pengenalannya, semakin banyak info yang tertiris.

Terbaru, satu post di Reddit telah berkongsikan pelbagai info tentang game Star Wars yang sangat dinantikan ini. Pengguna u/SchrodingersWitcher menyatakan bahawa beliau mendapat info ini daripada beberapa pembangun game ini yang meletakkan info ini di ResetEra Gaming Forum.

Di bawah adalah beberapa ringkasan daripada info tertiris ini yang kami rasakan menarik

  • Star Wars: Jedi Fallen Order akan membawakan gameplay pertempuran lightsaber seperti siri game Dark Souls. Pemain yang handal menepis seperti dalam Sekiro: Shadows Die Twice akan merasakan seperti bertempur umpama Jedi.
  • Pemain akan merantau dari satu planet ke planet yang lain. Ia tidaklah game yang linear, dan tidak juga game open-world. Ia dikatakan pemain akan pergi ke kawasan itu untuk mengembara bagi menyambung naratifnya.
  • Ia merupakan perkembangan kepada lore Star Wars, dan beberapa planet yang dikenali sebelum ini mungkin akan turut kembali.
  • Kemungkinan akan ada wallrunning atau parkour.
  • Hanya singleplayer, tiada multiplayer.
  • Jalan cerita adalah canon kepada universe Star Wars, dan ia dikatakan lebih baik daripada story dalam Battlefront 2.
  • Musuh yang menarik disahkan.

Seperti biasa, khabar angin tetap adalah khabar angin selagi belum diumumkan secara rasmi. Jadi, janganlah terlalu mengharap daripada laporan ini kerana ia mungkin boleh menjadi palsu.

Nak tahu sama ada info tertiris ini sahih ataupun tidak, jangan lupa saksikan livestream yang akan memperlihatkan Star Wars: Jedi Fallen Order pada hari Ahad, 2.30 pagi (waktu Malaysia). Kita semua boleh saksikannya di channel Twitch di sini.

Dalam berita yang lain pula, Amazon secara tidak sengaja telah memuatnaik poster untuk game ini. Ia telah memperlihatkan seorang Padawan, yang dijangka merupakan protagonis utama untuk game ini, sedang menghunuskan lighsaber birunya, lapor Gamespot.

Mengisahkan seorang Padawan yang terselamat daripada malapetaka Order 66 dan mengembara ke galaksi selepas berakhirnya Jedi Order, game Star Wars: Jedi Fallen Order bakal dilancarkan pada musim luruh 2019 (sekitar September hingga Disember). Ia bakal membawakan genre third-person action adventure.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.