Salah satu game Star Wars yang hangat diperkatakan sekarang ialah Star Wars: Jedi Fallen Order — sebuah game yang kini sedang dibangunkan oleh studio Respawn Entertainment. 

Sejak pertama kali dimumkan pada tahun 2016, tidak banyak sebenarnya yang kita tahu tentang tarikh pelancaran game ini. Semasa EA Play 2018, mereka meletakkan waktu pelancaran game ini pada musim cuti (akhir tahun) 2019, dan beberapa info tambahan akan dikongsikan semasa Star Wars Celebration pada April 2019.

Terbaru, menurut satu laporan oleh seorang Redditor, Star Wars: Jedi Fallen Order dikatakan bakal dilancarkan pada November 2019.

Selain itu, laporan ini turut menyatakan yang game ini akan berlangsung pada 5 tahun selepas kejadian Star Wars Episode III: Revenge of the Sith dan akan mengikuti watak utamanya yang bernama Cal. Cal ini merupakan seorang padawan yang terselamat daripada malapetaka Order 66, iaitu rancangan agung Darth Sidious untuk membunuh kesemua Jedi.

Lebih menarik, Cal bakal dibimbing oleh seorang mentor wanita yang bernama Ceres.

Laporan ini mungkin boleh dicop sebagai satu laporan yang liar sahaja, namun menurut DualShockers, laporan ini mungkin boleh dipercayai kerana telah disahkan oleh beberapa “orang dalam”. Apa-apa pun, kita tetap perlu menganggap ia sebagai satu khabar angin sahaja selagi ia belum disahkan secara rasmi.

2 Komen!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.