Star Wars: Jedi Fallen Order merupakan antara game besar yang sangat dinantikan pada tahun ini. Setelah pertama kalinya mengumumkannya pada tahun lalu, akhirnya pada hujung minggu ini, EA dan Respawn akan memperlihatkannya buat pertama kali kepada umum.

Livestream untuk acara ini akan diadakan pada hari Ahad, 2.30 pagi (waktu Malaysia). Kita semua boleh saksikannya di channel Twitch di sini.

Setakat ini, mereka tidak mendedahkan apakah yang akan diperlihatkan, namun yang pasti kita semua pasti tidak sabar untuk menyaksikannya.

Mengisahkan seorang Padawan yang terselamat daripada malapetaka Order 66 dan mengembara ke galaksi selepas berakhirnya Jedi Order, game Star Wars: Jedi Fallen Order bakal dilancarkan pada musim luruh 2019 (sekitar September hingga Disember). Ia bakal membawakan genre third-person action adventure.

JomKomen!