in , , ,

Star Wars Jedi: Fallen Order 2 Dilaporkan Akan Diumumkan Sebelum Jun 2022

Game seterusnya dalam dunia Star Wars Jedi: Fallen Order dilaporkan akan didedahkan secara rasmi sebelum acara E3 2022.

Memandangkan acara tahunan E3 seringkali berlangsung pada Jun, maka pendedahan mengenai sekuel itu mungkin akan diadakan lebih awal daripada itu.

Laporan terbaharu ini hadir dari wartawan terkenal Jeff Grub melalui rancangan GrubbSnax, lapor Nibel.

Tidak banyak yang Grub nyatakan, namun beliau berkata, “bersedia untuk mendengar tentang game ini dalam cara yang siginifikan sebelum E3”.

Pembikinan sekuel untuk Star Wars Jedi: Fallen Order sepertinya satu rahsia terbuka walaupun EA dan Respawn Entertainment belum lagi mengumumkan secara rasmi, kerana ia pastinya sesuatu yang tidak boleh dielakkan lagi disebabkan pujian yang diterimanya melalui para peminat, pengkritik serta jualannya yang amat memberangsangkan.

Sebelum ini, EA telah mengesahkan yang mereka akan terus melakukan pelaburan terhadap Star Wars Jedi: Fallen Order yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment.

Walau bagaimanapun, EA tidak menyatakan lebih lanjut tentang perancangan mereka terhadap francais ini. Apakah game akan datang dari siri ini adalah sekuel, prekuel, atau satu spin-off dalam universe yang sama? Masih menjadi tanda tanya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Last of Us Remake Dilaporkan Sudah Hampir Siap Dan Akan Dilancarkan Tahun Ini

The Ascent Akan Dilancarkan Ke PS4, PS5, Kini Tertera Di Laman ESRB