in , , , ,

Star Wars: Hunters Kongsi Trailer Sinematik Pertama, Memperkenalkan Beberapa Karakter Utama

Februari lalu, Lucasfilm dan Zynga telah mengumumkan Star Wars: Hunters, sebuah game percuma (free-to-play) untuk Nintendo Switch, iOS dan Android.

Terkini, mereka telah mengeluarkan trailer sinematik pertamanya yang penuh aksi, memperlihatkan beberapa karakter utama. Kita diperkenalkan dengan Rieve (Sith), Aran Tal (Mandalorian), Grozz (Wookiee), Utooni (Jawa), J-3DI (Jedi droid), Imara Vex (Bounty Hunter), Slingshot, Sentinel (Stormtrooper), dan Zaina (Rebel).

Apa yang mereka dedahkan di laman web rasmi setakat ini adalah Star Wars: Hunters membawakan pertempuran arena 4-lawan-4 dengan pandangan third-person diinspirasikan daripada bermacam latar belakang karakter Star Wars.

Latar masa yang digunakan pula adalah selepas kejatuhan Galactic Empire, iaitu sekitar selepas Return of the Jedi.

Star Wars: Hunters digambarkan sebagai sebuah game kombat arena kompetitif yang memfokuskan kepada kerjasama berpasukan secara online. Ia akan turut membawakan fungsi cross-play antara Switch, Android dan iOS.

Buat masa ini, mereka hanya menyatakan Star Wars: Hunters akan dilancarkan pada tahun 2022 untuk Nintendo Switch, iOS dan Android.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kemaskini Besar PS5 Dilancarkan Hari Ini, Boleh Main, Simpan Game PS5/PS4 Dari Storan M.2 SSD

Tarikh Pelancaran Battlefield 2042 Ditunda, Kini Akan Dilancarkan Pada November