in , , , ,

Star Wars: Hunters Diumumkan, Game Percuma Dari Zynga Untuk Switch, Android, iOS

Minggu lalu, Zynga telah menyatakan yang mereka akan melancarkan sebuah game Star Wars baharu pada tahun ini.

Terkini, Zynga dan Lucasfilm telah mengumumkan game tersebut berserta beberapa info lain semasa acara Nintendo Direct awal pagi tadi. Berjudul Star Wars: Hunters, ia merupakan game percuma (free-to-play) yang akan dilancarkan untuk Nintendo Switch, Android dan iOS.

Walaupun sudah memperlihatkan trailer pertama, namun ia tidak memaparkan sebarang gameplay. Deskripsi yang disediakan juga tidak cukup jelas dalam menggambarkan bagaimanakah game ini akan dimainkan.

Star Wars: Hunters digambarkan sebagai sebuah game kombat arena kompetitif yang memfokuskan kepada kerjasama berpasukan secara online. Ia akan turut membawakan fungsi cross-play antara Switch, Android dan iOS.

Pemain akan bermain sebagai Bounty Hunters, Rebellion, Imperial stormtrooper, Wookie, Jedi dan lain-lain. Ia menggunakan latar belakang selepas kejatuhan Galactic Empire.

Belum ada tarikh pelancaran tepat, yang mana mereka hanya menyatakan ia akan dilancarkan pada tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Siri Anime DOTA: Dragon’s Blood Akan Ditayangkan Di Netflix Pada Mac

Game Baharu Dari Pembangun A Way Out Berjudul It Takes Two - Co-Op Aksi Platformer

Josef Fares Janji Beri 1,000 Dolar Kalau Ada Yang Bosan Main It Takes Two