in , , , ,

Star Wars Battlefront 2 Akan Mempunyai Story Campaign, Karakter Dari Pelbagai Era

EA mula berkongsi serba sedikit tentang game Star Wars yang seterusnya.

Semasa laporan kewangan EA bagi suku ketiga 2017, CEO EA, Andrew Wilson telah mendedahkan beberapa maklumat terbaru mengenai game Star Wars Battlefront yang seterusnya. Beliau mengatakan bahawa game tersebut akan lebih besar dan lebih baik berbanding game sebelumnya.

“Star Wars Battlefront kami yang seterusnya akan lebih besar, membawa pemain ke lebih banyak lokasi, dan membenarkan mereka untuk bermain dengan lebih banyak hero dan karakter daripada pelbagai era Star Wars,” kata beliau.

“Akan ada pelbagai cara untuk bermain, termasuk single-player campaign yang serba baru, dan lebih banyak lagi yang mana kami teruja untuk berkongsi dengan pemain kami dalam beberapa bulan akan datang,” tambah beliau lagi.

EA telah mengesahkan sebelum ini bahawa Star Wars Battlefront 2 akan dilancarkan pada tahun 2017.

Dan nampaknya, bersempena dengan projek terbaru mereka ini, Star Wars Battlefront yang telah dilancarkan pada November 2015 lalu tidak akan mendapat kemaskini baru lagi. Dalam pengumuman terbaru di laman web rasminya, EA menyatakan:

“Dengan tiada lagi kandungan Skirmish dirancang pada masa akan datang, DICE belum lagi selesai dengan Star Wars – pasukan ini telah menukar fokusnya kepada mencipta game hebat Star Wars yang seterusnya, satu usaha kolaborasi antara tiga studio bertaraf dunia: DICE, Criterion dan Motive.”

Melalui beberapa pendedahan ini, apa yang paling menarik perhatian kami adalah para pemain akan disajikan dengan pelbagai hero dan karakter daripada beberapa era Star Wars. Bermakna, adakah kita bakal menyaksikan Obi-Wan Kenobi menentang Kylo Ren? Atau mungkin Luke Skywalker berlawan dengan Darth Maul?

Sama-sama kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rainbow Six Siege: Mira Dan Jackal Diperkenalkan, Saksikan Video Teaser 2 Operator Sepanyol Ini

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk Februari 2017