in

Star Ocean 5: Video Gameplay Versi Bahasa Inggeris Selama 70 Minit!

Video gameplay versi bahasa Inggeris pertama sudah ada! Jom layan!

Polygon hari ini telah berkongsi video gameplay Star Ocean 5 bagi mereka yang tak faham bahasa Jepun!

Video ini bermula di awal-awal permainan, di mana anda akan menghadapi tutorial battle bersama rakan Fidel, Ted. Fidel kemudian berjumpa dengan Miki, Viktor, Fiore, Welch dan merentas beberapa lokasi untuk sampai ke tempat-tempat tertentu. Dari sini, anda boleh memahami bagaimana mekanik gameplay, eksplorasi dunia Star Ocean 5 dan menu yang perlu anda godek selalu kelak.

Video ini kemudian lompat ke lebih kurang 10 jam kemudian untuk menunjukkan kawasan yang lebih sci-fi dan kewujudan Emerson dan Anne di dalam party anda.

Star Ocean 5 bakal release pada 28 June 2016 di Region R1 (Amerika Utara) dan 1 Julai 2016 di Region R2 (Eropah) pada platform PS4 sahaja. Versi Jepun sudah pun dipasarkan pada 30 Mac 2016 yang lepas untuk platform PS4 dan PS3.

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Attack On Titan: Bersedia Berentap Dengan Titan Versi Bahasa Inggeris Ogos Ini!

Segarkan Ingatan Korang Dengan Video Kenangan Trilogi Uncharted Ini!