Video-video awesome dari event Star Log pada 13 April 2016, kepada para peminat yang tazabar sangat-sangat!
Pada event Star Log yang kedua yang diadakan secara live pada pukul 7 pagi waktu Malaysia tadi, Square Enix mengambil peluang ini memperkenalkan 2 karakter dalam party anda, Victor Oakville dan Fiore Brunelli.
Victor adalah seorang askar dari satu pasukan elit di Central Resulian Army yang dinamakan King’s Chosen. Kesemua askar dibawah naungan Victor sangat memandang tinggi terhadap Victor. Victor merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab sebagai seorang askar. Walaupun Victor tidak pernah rasa teragak-agak untuk menyelesaikan tugasan yang diberi, namun Victor rasa tak senang hati jika tugasan yang diberi memerlukan Victor membunuh orang lain. Jom layan video Victor!
Fiore pula adalah seorang yang sangat mahir menggunakan signeturges (magik dalam dunia Star Ocean). Fiore sangat hebat sampai Victor membahasakan Fiore sebagai Lady Brunelli. Kemahiran Fiore sebagai seorang signeturgy membolehkan Fiore menghasilkan signetures yang kompleks dan mempunyai damage yang tinggi! Jom layan video Fiore!
Square Enix juga berkongsi video battle trailer yang terbaru. Apa yang menarik mengenai gameplay Star Ocean 5 kali ini adalah betapa smooth nya loading scene apabila anda memasuki arena battle. Tiada lagi loading time ketika mahu berlawan atau perlu ada scene arena lain yang spesifik apabila berlawan. Anda nampak musuh, anda pergi lawan dan kemudian habis. Mudah, cepat dan laju!
Seperkara lagi yang menarik mengenai gameplay Star Ocean 5 adalah kesemua tujuh party members anda akan turut sama beraksi ketika battle. Ya, anda tak perlu pilih beberapa orang sahaja yang boleh turut serta dalam battle, kesemua mereka akan bersama anda membanteras musuh!
Ok, tak perlu cakap banyak lagi, jom layan video battle trailer terbaru!
Star Ocean 5 bakal release pada 28 June 2016 di Region R1 (Amerika Utara) dan 1 Julai 2016 di Region R2 (Eropah) pada platform PS4 sahaja. Versi Jepun sudah pun dipasarkan pada 30 Mac 2016 yang lepas untuk platform PS4 dan PS3.
Comments
Loading…