in ,

Star Ocean 5 : Trailer Versi Bahasa Inggeris Akhirnya Dah Keluar!

Selama ini kami di JomGaming asyik kongsi cerita Star Ocean 5 (SO5) versi bahasa Jepun je, kali ini pihak developer keluarkan trailer versi bahasa Inggeris pulak. Yeay!

Kami menghembuskan nafas penuh kelegaan kerana suara English dub nya tak seteruk Star Ocean 4. Fuh! Jom tengok trailer!

Trailer terbaru dari Square Enix dan tri-Ace ini memaparkan sedikit cerita di sebalik SO5, dan mengetengahkan kesemua karakter-karakter penting dan boleh dimainkan oleh anda, iaitu Victor, Anne, Emerson, Miki, Fidel, Relia, Fiore (Secara peribadi, saya tertunggu-tunggu karakter Victor! hehe).

Nampaknya versi Bahasa Inggeris SO5 mengekalkanย lagu tema asal dengan suara Jepun. Awesome! Anda boleh mendengar lagu tema daripadaย Androp bertajukย “Astra Nova”ย dimainkan dalam trailer tersebut.

Star Ocean 5: Integrity & Faithlessness bakal dilancarkan di Jepun pada 31 Mac 2016 untuk PS3 & PS4, dan di NA/EU/Asia untuk PS4 sahaja, pada tarikh yang bakal diumumkan kemudian pada tahun ini.

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Division Belasah Destiny – Ubisoft Main Taktik Promosi Kotor!

Sheltered: Teruskan Kehidupan Demi Keluarga Korang!