in ,

Star Ocean 5: Tiba Giliran Si Pencinta Perempuan, Emerson Untuk Character Trailer Terbaru!

Tak lengkap sebuah JRPG tanpa seorang lelaki besar yang merupakan seorang pencinta perempuan & alkohol, kan?

Beberapa hari yang lepas, Square Enix dan tri-Ace telah pun release sebuah character trailer terbaru buat Emerson, rakan penggembaraan Anne.

JomBaca: Star Ocean 5: Character Introduction Trailer Untuk Si Melee Attacker, Anne!

Emerson berumur 41 tahun, dan dikatakan mempunyai rupa paras yang menakutkan dengan suara yang dalam. Tapi jangan risau, Emerson di sebalik wajahnya yang menakutkan ini merupakan seorang yang adil dan saksama.

SO5-Emerson-002

Walaupun Emerson dikatakan memakai baju serupa macam salesman jual ubat di dalam dunia Star Ocean 5, tapi percayalah, Emerson bukanlah salesman penjual ubat. Emerson adalah seorang pencinta wanita dan alkohol dan bekerja keras untuk sentiasa pick up wanita kemana-mana sahaja dia pergi.

SO5-Emerson-003

Emerson menggunakan crossbow/bowgun sebagai senjatanya dan ini membuatkan Emerson mempunyai banyak skill dan move dari jarak jauh. Offensive abiliti Emerson juga dikatakan lebih tinggi berbanding party members lain.

SO5-Emerson-001
Antara special attacks Emerson adalah “Benishigure, di mana attack ini akan melepaskan banyak arrow dari crossbow Emerson dan mengenakan damage kepada banyak musuh dalam masa yang sama.

Star Ocean 5: Integrity & Faithlessness bakal dilancarkan di Jepun pada 31 Mac 2016 untuk PS3 & PS4, dan di NA/EU/Asia untuk PS4 sahaja, pada tarikh yang bakal diumumkan kemudian pada tahun ini.

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mirror’s Edge Catalyst: Trailer Baru! Daftar Untuk Beta!

The Division: 5 Pembaharuan Dalam Open Beta Yang Korang Wajib Tahu!