Gematsu melaporkan info ini daripada Square Enix Online Store, namun sekarang info ini sudah tiada di website nya!

Menurut Gematsu, Square Enix, melalui Square Enix Online Store-nya telah mengumumkan tarikh keramat, tarikh release versi bahasa Inggeris Star Ocean 5: Integrity and Faithlessness, pada 28 June 2016 di Amerika Utara.

Namun, pada waktu 4 pagi waktu tempatan, ketika pihak JomGaming cuba untuk mendapatkan info lebih lanjut daripada Online Store ini, info release date dan versi “Day One Edition” ini sudah tiada!
SO5-SEOnlineStore-001

Daripada laporan Gematsu, jika anda dapat membeli versi Day One Edition ini, anda akan mendapat exclusive in-game DLC yang akan dapat menaikkan stats anda! Anda juga akan dapat beberapa muzik latar dari game Valkyrie Profile dan Valkyrie Profile: Silmeria !

SO5-Day-One-Edition-001

Star Ocean 5: Integrity & Faithlessness telah dilancarkan di Jepun pada 31 Mac 2016 (hari ini!) untuk PS3 & PS4, dan di NA/EU/Asia untuk PS4 sahaja, antara bulan Jun-September tahun ini!

Square Enix Online Store tersilap leak tarikh pelancaran ataupun acah-acah mengada? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Square Enix nanti!

JomKomen!