in , ,

Star Ocean 5: Lagi Info Terbaru Termasuk Ayah Fidel & Battle System Yang Awesome!

Menghampiri release Star Ocean 5 di Jepun, makin banyak dia seksa kita dengan info-info terbaru! Diriku terseksa menanti tarikh release versi bahasa Inggeris!

Square Enix dan tri-Ace hari ni menghadiahkan lagi lebih banyak info terbaru mengenai sub-karakter dan battle system yang sangat mantap ini.

Pertama sekali, jom kita berkenalan dengan ayah hero kita, Darryl Camuze!

SO5-001
Encik Darryl Camuze, seperti kami pernah laporkan sebelum ini, adalah founder bagi sekolah swordsmanship paling terkenal di Kingdom of Resulia.

JomBaca: Star Ocean 5 : Character Introduction Trailer Baru Untuk Hero SO5, Fidel Camuze!

SO5-002

Berumur 49 tahun, Encik Darryl adalah seorang yang sangat popular. Dia merupakan seorang swordsman yang sangat hebat dan terkenal. Victor, salah seorang dari party members anda, juga seorang swordsman yang hebat, mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap ayah Fidel Camuze ini.

SO5-003

Encik Darryl adalah seorang yang sangat tegas namun sangat menyayangi anaknya, Fidel. Senjata pilihannya adalah dari kelas one-handed sword, dan daripada screenshot di bawah, Encik Darryl nampak OP gila!

SO5-004

Seterusnya, Square Enix memperkenalkan kita dengan Ted, kawan Fidel & Miki yang membesar bersama-sama sedari kecil!

SO5-005

Ted adalah seorang yang periang dan di antara tiga sekawan ini, Ted-lah yang akan menceriakan suasana. Ted berumur 23 tahun, sama seperti Fidel.

SO5-006

Dia juga belajar teknik pedang bersama-sama Fidel sedari kecil. Dikatakan teknik pedang Ted adalah sama hebat dengan teknik pedang Fidel, namun ada sesuatu perkara misteri yang belum diperkatakan Square Enix mengenai hal ini.

SO5-008

SO5-007

Keithus adalah cikgu kepada magician sexy-mexy kita, Fiore Brunelli.

SO5-009
Umur sebenar Keithus tidak diketahui, tapi walaupun nampak kecil comel lote, Keithus mempunyai pengetahuan mengenai Signeturgy yang sangat tinggi dan tidak boleh ditandingi sesiapa pun. Disebabkan ini, Keithus adalah Director Langdauq Royal Signeturgy Research Institute. 

SO5-010

Berbanding mereka yang menggunakan skill signeturgy, Keithus tidak mempunyai signeture ditatah pada kulitnya kerana dia terlalu muda dan dikatakan mempunyai zaman muda yang kompleks. Ketika menjadi director, Keithus tidak sedikit pun menunjukkan perangainya yang keanak-anakkan. Pendek kata, Keithus memang seorang director yang professional lah!

SO5-011

Apa yang membuatkan Star Ocean sentiasa mendapat tempat nombor 1 di hati saya adalah battle system-nya. Dan Square Enix tidak melepaskan peluang untuk berkongsi info mengenai battle system yang sangat awesome ini!

Jika anda berjaya memukul musuh berkali-kali dalam satu combo attack, anda akan mengaktifkan Combo Bonus”Combo Bonus ini akan mengisi Reserve Gauge anda, yang akan diceritakan kemudian. Untuk setiap 10 hits dalam satu combo, anda akan mendapat +20% Combo Bonus yang akan meningkatkan lagi Reserve Gauge anda. Maksimum bonus yang boleh anda dapat dari Combo Bonus adalah +300% dengan 100 hits! Wow!

SO5-012
Co-co-combo!

Star Ocean 5 juga mempunyai “Cancel Bonus”. Dengan menggunakan attack yang standard dan beberapa skills dengan timing yang bagus dan kemudiannya anda berjaya untuk cancel, anda akan mengaktifkan Cancel Bonus. Untuk setiap cancel, anda akan mendapat +25% Strength. Maksimum Cancel Bonus yang anda boleh dapat adalah +200% Strength dengan 8 kali cancel.

SO5-013 Sistem Reserve Rush adalah sesuatu yang apabila diaktifkan, akan mencetuskan ultimate attack anda! Anda mahukan Reserve Rush anda diisi sehingga penuh. Dan untuk mengisinya, anda perlu melalukan Combo Bonus dan Cancel Bonus! Jelaslah, battle system Star Ocean 5 bukan sekadar spam attack dan menekan butang sahaja. Anda perlu betul-betul timing attack anda untuk mendapatkan ultimate attack anda.

SO5-016

Dalam setting, anda boleh memilih untuk karakter mana yang akan mengaktifkan Reserve Rush. Ianya tidak terhad kepada karakter yang anda kawal. Anda boleh aktifkan Reserve Rush kepada sesiapa sahaja di dalam party anda.

SO5-014

Apabila Reserve Rush Gauge telah diisi lebih daripada 2 bar atau lebih, anda boleh aktifkan Reserve Rush anda. Maksimum bar yang boleh diisi adalah sebanyak 5.

SO5-017

Apabila diaktifkan, Reserve Rush Gauge anda akan berkurangan mengikut masa. Semakin kurang, semakin rendah power dan efek yang diberikan kepada musuh. Jadi, hanya perlu betul-betul berfikir sebelum menggunakan Reserve Rush anda.

SO5-015
Reserve Rush yang diaktifkan!

Jika sebelum ini kami berkongsi info mengenai skills yang ada pada Miki dan Anne, kali ini tiba giliran untuk mengetengahkan skills yang Victor dan Fiore pulak!

Kalau anda pernah bermain Star Ocean 4, anda pasti kenal dengan karakter Arumat. Arumat menggunakan senjata scythe dan mempunyai beberapa skills yang awesome! Victor dalam Star Ocean 5 mempunyai skills yang sama dengan Arumat. Antaranya adalah Diabolic Age, Bloodstorm Revolution dan Nether Strike. Sama sebijik namanya dengan skills Arumat! Cuma senjata yang dipakai adalah tidak sama iaitu Victor menggunakan senjata pedang.

Apabila skill Diabolic Age diaktifkan, Victor akan melepaskan beberapa attack yang laju dan tanpa hentiVictor kemudian akan meluru kehadapan dan menjatuhkan beberapa musuh di hadapan!

SO5-018 Skill Bloodstorm Revolution pula akan memperlihatkan Victor memusingkan pedangnya sampai menyebabkan angin yang kuat yang akan memerangkap musuh disekelilingnya.

SO5-019

Nether Strike adalah satu skill yang akan summon pillar of fire daripada purgatory yang akan membakar musuh-musuh anda. Victor adalah party members anda yang anda tak mahu buat dia marah woh!

SO5-020

Fiore pula mempunyai skills seorang magician yang lebih kepada offensive skills. Jika dibandingkan dengan Star Ocean 5, Fiore mempunyai skill yang sama dengan Myuria.

Thunder Flare akan membenarkan Fiore membentuk satu perangkap yang dikelilingi dengan kejutan electic yang akan mengelilingi musuh anda. Skill ini juga akan membuatkan stats ATK musuh anda diturunkan sementara.

SO5-021

Skill Dark Eater akan membuatkan Fiore summon raksasa kegelapan yang akan menarik musuh yang anda sasarkan sambil memakan mereka. Fuh, jangan main-main dengan Fiore!

SO5-022

Satu lagi skill yang sama dengan Myuria adalah Extinction. Skill ini akan memerangkap musuh anda dalam kubah antimatter dan kemudiannya akan meletup! Bukan itu sahaja, musuh-musuh yang terletak berdekatan dengan kubah ini akan turut mendapat damage! 

SO5-023

Anda betul-betul tak boleh main-main dengan Fiore!

Star Ocean 5: Integrity & Faithlessness bakal dilancarkan di Jepun pada 31 Mac 2016 untuk PS3 & PS4, dan di NA/EU/Asia untuk PS4 sahaja, pada tarikh yang bakal diumumkan kemudian pada tahun ini.

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield 4: DICE Umumkan Tiada Lagi Content Baru Akan Datang!

Fire Emblem Fates: Birthright: Boleh Beli or Boleh Blah!?