in ,

Star Ocean 5: Jom Layan Video Gameplay & Battle System Yang Best Gila!

Kalau selama ni asyik baca dan layan gambar je, jom layan video dia pulak!

Dengan lebih kurang 11 hari lagi sempena tarikh release Star Ocean 5, Square Enix telah pun release video mengenai battle system Star Ocean 5 yang pernah kami laporkan sebelum ini.

Kedua-dua video disampaikan oleh pelakon suara latar Emerson dan Anne. Apa yang paling menarik dalam battle system SO5 kali ini adalah betapa lancarnya perubahan daripada exploring ke battle system. Kami panggilnya, seamless battle sequence!

Antara perkara yang diketengahkan di dalam video pertama adalah macam point kat bawah ni :

  • Advantage Attack
  • Surprise Attack
  • Escape Gauge – berlari-lari ke hujung medan perlawanan sampai gauge naik dan anda boleh melarikan diri dari battle. Tapi, ada juga battle yang tak boleh escape
  • Character change
  • Guard counter
  • Guarding & lari ke tepi untuk mengelak dari dipukul
  • Battle menu yang boleh digunakan ketika perlawanan – anda boleh menggunakan item seperti potion untuk tujuan healing
  • Items yang boleh anda dapat ketika berjaya menghabiskan perlawanan

Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai beberapa perkara yang ditunjukkan di dalam video ini dalam artikel kami sebelum ini!

Jom Baca: Star Ocean 5: Info Terbaru Mengenai Antagonis, Dungeon dan Skill Miki & Anne!

Video kedua pula menunjukkan beberapa efek yang anda boleh dapat melalui combo dan cancel bonus :

  • Guard Counter
  • Cancel Bonus
  • Battle Skills – juga menunjukkan anda boleh settings battle skills mana yang anda mahu pakaikan di dalam menu.
  • Reserve Rush Skills & Reserve Rush Gauge – ultimate attack karakter anda. Dalam video ini, anda boleh melihat sendiri ultimate attack Fidel.
  • Level Up & Role Level Up

Jom Baca: Star Ocean 5: Lagi Info Terbaru Termasuk Ayah Fidel & Battle System Yang Awesome!

Square Enix juga telah mengumumkan satu event livestream (berbahasa Inggeris!) yang akan dipertontonkan pada 21 March 2016, pukul 7 pagi waktu Malaysia. Event ini dinamakan sebagai Star Log. Apa isi event ini masih belum diketahui (tapi kami berharap sangat tarikh release versi bahasa Inggeris diumumkan!)

Star-Log-SO5

Star Ocean 5: Integrity & Faithlessness bakal dilancarkan di Jepun pada 31 Mac 2016 untuk PS3 & PS4, dan di NA/EU/Asia untuk PS4 sahaja, pada tarikh yang bakal diumumkan kemudian pada tahun ini.

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sword Art Online: The Beginning: Alpha Test Sedang Berjalan!

Zero Time Dilemma: Bunuh Kawan atau Mati Bersama – Apa Pilihan Korang?